Pages

Tuesday, September 7, 2010

liku-liku untuk mendapatkan seorang zuriat ......

aku....

suami tersayang
telah berkahwin pada usia yg agak muda...ayah aku telah memberikan persetujuan untuk aku berkahwin memandangkan aku tidak mempunyai ibu ketika aku berusia 16 tahun... aku berkahwing dengan lelaki yang aku kenali dari bangku sekolah hingga la ke tangga universiti...aku tahu dia adalah lelaki yg paling layak sekali untuk di jadikan suami memandangkan dia adalah seorang yg bertanggungjawab, penyayang dan sabar dengan karenah aku sepanjangan perkenalan kami...



28 april 2006....

hari dimana aku telah di ijabkabulkan selepas solat asar di masjid Muadz Bin Jabal, Setiawang...
hati terasa gembira skali kerana kami telah menjadi sepasang suami isteri yg sah disisi undang2 islam..
tp tetiba aku berasa sangat sebak kerana orang yang paling aku sayang & byk berkorban untuk aku tiada disisi...IBU alangkah indahnya jika ko bersama dgn aku lg..tp ALLAH lebih menyayangimu... aku redha..

aku...

telah sambung semula pengajian ku di UITM, Lendu, Melaka...agak sedih jugak ingin berjauhan dgn sang suami, tp aku perlu meneruskan pengajian ku....aku pergi ke kelas seperti biasa, cuba melupakan suami untuk seketika kerana aku perlu memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran ku....

hujung minggu datang lg...

kali ni aku tak sabar2 nak berjumpa dengan suami, kadang2 aku balik ke kuala lumpur, atau dia akan datang berjumpa dengan aku di Melaka...selalunya kami akan bermalam di hotel (nak lebih privacy la katakan, orang baru berkahwin) sekali sekala je berjumpa, tp suami rajin melayan karenah aku, bwk pergi makan, shopping barang2 keperluan & yang sewaktu dengannya...begitu la rutin harian aku dan seterusnya...

JUMAAT....

aku pelik kerana lewat datang period, tapi aku buat tak tau je..sbb tak nak pikir sangat..nnt hampa... hari tu badan tiba2 jadi lebih dan aku tak larat nak ke kelas..aku ddk dlm bilik sambil menyiapkan balance assignment untuk dihantar hari isnin nnt... tp kelas petang tu aku gi gak..sbb english class, lepas abis english class aku terus blk KL..seperti biasa en.suami akan tggu di jln pudu, aku tiba agak lewat jugak petang tu..kami tak terus pulang ke rumah, tapi pergi makan dulu, jalan2..maklumla dah lama tak balik KL..heheheheh...pagi2 isnin lagi si suami akan anta aku balik U..sbb hari isnin tu hari penting,,tak boleh ponteng class...

tiba2...........
aku sakit perut yg amat sangat..biasa la orang nak dtg period kot..aku berkata dlm hati, maybe aku ni nak period..petang tu aku ada activiti bersama-sama anggota bomba...aku berlari sana-sini, tidak endahkan langsung sakit perut ku...aku pon pergi ke pasar malam dengan teman2 seperjuangan..beli itu ini untuk makan malam....agak 2-3 hari jugak aku sakit perut, hingga aku dah tak tahan untuk bertahan lg..aku meminta diri untuk ke tandas seketika, ketika itulah.............. Ya ALLAH apakah benda ini???? aku agak takut jugak....tanpa was2 aku telah membuang setulan darah itu dlm tandas & FLUSH AWAY... oh my God....
aku masih tidak tahu yg aku ini telah mengandung & mengalami keguguran, sehingga aku ke klinik yg di sediakan oleh pihak U..& mereka mendapati aku telah POSITIVE Pregnant.....menitis air mataku tanpa henti..dan aku masih belum menceritakan perkara sebenar kepada en.suami..takut dia sedih....

hujung minggu tiba lg.....

aku nekad untuk beritahu dgnnya...tapi aku tak berdaya.....aku tak dapat menahan air mata aku dari mengalir lg...besar sungguh dugaan mu Ya Allah....apekan daya aku untuk melawan takdir Mu....setiba di KL, aku masih berlagak seperti biasa, seperti tiada ape yg berlaku, tp en.suami perasaan akan perubahan aku...setelah puas dia memujuk aku,,,akhirnya............aku memberitahu perkara yang sebenar......tp dia kuat bukan seperti yang aku jangka...dia hanya berkata "bukan rezeki kita" ...

seperti biasa....pagi2 isnin dia telah anta aku balik U,tp hati aku berat...aku sudah tiada hati untuk teruskan pengajian ku setelah ape yg berlaku..aku fobia.....puas di pujuk oleh si suami dan teman2...tp aku nekad, aku tak sanggup meneruskannya lagi...aku yg buat keputusan kali ni....finally....AKU QUIT....tanpa ada sesiapa yg berani memprotes termasuk sang suami....

makin aku ingat makin luka hati...aku telah mendapat pekerjaan di Silver Ridge.....MARCH 2007...sekali lagi detik hitam muncul lagi......waktu & ketika ini aku di dlm tandas office...aku masih tidak dapat menjangkakan yang aku ni mengandung sedangkan aku dtg period tepat pada waktunya...apakah semua ni????? aku di uji lagi

1 comment: