Pages

Thursday, September 23, 2010

Rasulullah kasihkan surah al-A'la

Syed Qutub berkata, dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad dari al-Imam Ali Karamallahu Wajhahu, bahawa Rasulullah SAW kasihkan surah al-A'la.

Tersebut di dalam Sahih Muslim bahawa baginda membaca surah al-A'la dan al-Ghasiyah dalam solat dua hari raya dan hari Jumaat.

Baginda juga membaca kedua-dua surah itu untuk sembahyang hari raya dan sembahyang Jumaat yang jatuh pada hari Jumaat.
Memang wajar bagi Rasulullah menyintai surah ini, kerana surah ini menukarkan seluruh alam menjadi sebuah tempat ibadat di mana bergema ucapan tasbih dan tahmid di seluruh sudutnya, dan menjadi sebuah tempat pameran yang penuh dengan kejadian-kejadian yang mengilhamkan tasbih dan tahmid.

Firman Allah SWT: Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu yang Maha tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan).
Al-Maraghi berkata: Sucikanlah nama Tuhanmu dari sesuatu yang tidak layak dengan keagungan-Nya, sama ada tentang zat-Nya, sifat-sifat-Nya, perbuatan-Nya dan hukum-hukumnya.
Oleh sebab itu, janganlah kamu menyebutnya kalau tidak untuk mengagungkan-Nya, dan jangan kamu menggunakan nama-Nya kepada selain-Nya, dan jangan menganggap sifat-sifat-Nya sama dengan sifat-sifat yang selain-Nya.

Firman Allah SWT: Yang telah menciptakan (sekalian makhluk-Nya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya.
Ibn Kathir berkata: Allah SWT ciptakan makhluk dan menyamakannya dengan sebaik-baik kejadian dari segi bentuknya.

Firman Allah SWT: Dan yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhluk-Nya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaan-Nya).
Mujahid berkata: Allah memberi petunjuk kepada manusia sama ada untuk kecelakaan atau kebahagiaan yang dipilih oleh manusia begitu juga menunjuk haiwan ternakan untuk padang ragutnya.
Ayat ini sama seperti firman Allah SWT yang mengkhabarkan berkenaan perihal manusia yang berkata kepada Firaun.

Firman Allah SWT: Dan yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak.
Al-Maraghi berkata: Dialah yang menumbuhkan segala macam tumbuh-tumbuhan untuk menjadi makanan haiwan.
Tidak ada tumbuh-tumbuhan yang tidak layak untuk dimakan oleh haiwan dan makhluk hidup yang lainnya.

Firman Allah SWT: Kemudian ia menjadikan (tumbuh-tumbuhan yang menghijau) itu kering (berubah warnanya) kehitam-hitaman.
Syed Qutub berkata: Tumbuh-tumbuhan itu mulanya tumbuh menghijau. Kemudian beransur-ansur layu kering hitam kekuning-kuningan. Semasa hijau ia boleh dimakan dan semasa kering hitam kekuningan juga boleh dimakan.
Dalam semua keadaan, tumbuh-tumbuhan itu berguna belaka kepada kehidupan mengikut perencanaan Allah yang telah menjadikan makhluk-Nya dengan ciptaan yang sempurna dengan menentukan tugas dan matlamat masing-masing serta memberi bimbingan kepadanya.


Al-Maraghi berkata: Kita diperintahkan agar mengenal Allah SWT Yang Maha Agung, bahawa Dialah Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana yang mana dengan sifat-sifat-Nya itu kita dapat menyaksikan bukti-bukti ciptaan-Nya.

Juga kita diperintahkan untuk memberikan nama-nama yang tidak layak, sebagaimana dilakukan oleh golongan yang ingkar, yang bertuhankan selain Allah SWT sebagai sekutunya atau menyifatkan Allah SWT dengan sifat-sifat yang serupa dengan makhluk-Nya.

Kita juga diperintahkan untuk menyucikan sifat Allah SWT bukan zat-Nya, adalah untuk membimbing kita bahawa tingkat kemampuan kita yang paling tinggi hanyalah mengenal sifat-sifat-Nya, yang dapat menunjukkan adanya Zat-Nya, Zat-Nya sendiri jauh lebih tinggi daripada yang dapat dijangkau oleh akal kita.

Justeru, cukuplah kita memerhatikan sifat-sifatnya yang dapat menunjukkan kewujudan Zat-Nya.
Semoga kita menjadi golongan yang sentiasa mempelajari ilmu Allah sehingga akhirnya menatijahkan ma'rifah kepada-Nya. Amin.

Tuesday, September 21, 2010

siapa No.1???

Apabila Allah Bukan No. 1 di Hati


Apabila Allah bukan no. 1 di hati,
Dunia dirasakan indah,
Terasa berat mahu berpisah,
Penyakit Al-Wahn mula bernanah.
 
Apabila Allah bukan no. 1 di hati,
Ujian terasa azab,
Hati gundah, diri tertekan,
Tidak tenang menghadapi dugaan.
 
Apabila Allah bukan no. 1 di hati,
Maksiat terasa mudah,
Dosa sudah tak kisah,
Syaitan tumpang berdekah-dekah.
 
Apabila Allah bukan no. 1 di hati,
Kebajikan terasa payah,
Kemalasan bertambah-tambah,
Di depan manusia, lagak baik tak sudah.
 
Apabila Allah bukan no. 1 di hati,
Syariat terasa beban,
Islam dipandang ringan,
Agama dan dunia diletak berasingan.

Apabila Allah bukan no. 1 di hati,
Hiburan terasa kewajipan,
Melampaunya sampai ke tahap awangan,
Altenatif Islami dipakai bukan.


Apabila Allah bukan no. 1 di hati,
Bergaul bebas terasa nikmat,
Hidup barat ditiru bulat,
Zina, bersentuhan menjadi tabiat.


Ingat mati dianggap leceh,
Ajal menghampiri dipandang remeh,
Walhal azab-Nya teramatlah perih,
Suatu kepastian yang amat sedih.
 
Hati terasa gersang,
Mahu ketenangan bilakan datang?
Puas mencari, keseronokan yang hilang,
Walhal mengingat Allah, hati kan tenang.

Dunia merajai,
Syaitan menakluki,
Nafsu mendominasi,
Apabila,
Allah Bukan NO. 1 di Hati. . . .


Jom! Tepuk dada, tanya hati. Siapakah yang 'benar-benar' no. 1 di hati?

KENAPA!!!!!!

Kenapa?!
KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

Wednesday, September 8, 2010

sElamaT hARi RaYa



tak de ape yang dapat aku katakan selain SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN
semoga di lebaran ini akan membawa seribu makna pada kita semua...

mintak maaf byk2 kalo2 ade yg pernah terasa, tersinggung or yg sewaktu dengannya....
so, aku susun semua jari-jemari yg ada tuk aku mintak maaf pada org2 yg pernah bersama-sama dgn aku..

mAaF ye..kira 0-0,, JgN2 ada terasa2 lg okies....

balik kg tu hati2, jgn cuai, kalo mengantuk rest dulu...ingat la org tersayang...

wassalam

Lailatur-Qadar 10 malam terakhir

Dimalam itu (Lailatul Qadr) malaikat dan ruh turun dengan izin Tuhan mereka …”(Al-Quran). Pernah dimalam itu Al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. (Foto pertama bumi dari angkasalepas oleh Yuri Gagarin 1969).
Ramadan 1431H/2010M semakin berakhir. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan! Itulah malam Lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah saw mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah swt sambil diikuti oleh para Sahabat ra.
Firman Allah swt bermaksud, “Sesungguhnya Kami menurunkan (Al-Quran) dalam malam Lailatul Qadr. Tahukah kamu apa itu malam Lailatul Qadr. Malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan ruh turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dalam semua urusan. Salam (sejahtera) malam tersebut hingga naik fajar” (Al-Quran).


Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan semasa Qiyamullail di malamnya dan Iktikaf di siangnya ialah puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah Al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri, keluarga dan Dakwah dan sebagainya.

Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadr :
  1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata, tidak untuk kesibukan lain.
  2. Memahami bahawa setinggi mana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah swt dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk “Hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera” (Al-Quran). Tiang kepada agama ialah Solat.
  3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk Iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah Iktikaf dan Qiyamullail 10 Malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.
  4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.
  5. Jika anda bekerja dibawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba beriktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Jumaat 3 Sept hingga 5 Sept 2010.
  6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.
  7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal, sebelum 10 Malam Terakhir, agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.
  8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai kearah perubahan tersebut.

Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Ameen

Tuesday, September 7, 2010

perasaan gembira

setelah sekian lama aku menunggu akhirnya aku ditakdirkan mengandung buat kali ketiga..tp kali ni mmg jaga baek nyer...sbb tak nak kecundang lagi...setelah hampir seminggu lewat datang period, aku tanpa ragu2 terus membeli pregnancy test dkt farmasi...tp masa tu mcm kecewa gak sbb line tak terang..aku masih tertanya-tanya lg..setelah 3-4 kali aku test, akhirnya mmg sah aku mengandung...en.suami mmg suka la sgt masa tu...yelah kali ni mmg kena perhatian lebih...

 inilah saya...masa ni dah 5 bulan

genap sebulan aku hamil, aku mengalami alahan yg teruk sekali....dugaan lain pulak yg datang menguji aku kali ini..makan ape saje, tp sume keluar balik...bukan aku je yg alah, si suami pon sama, mual, demam, letih & sakit badan hampir 2 mggu...mungkin allah nak bg dia rasa ape yg aku alami...alhamdullilah dia kembali normal, tp aku tetap alah hampir 8 bulan mengandungkan si anak..keluar masuk hospital sbb terlalu letih, berat badan tak naik, muntah tak berhenti...3 hari di hospital, aku dah bosan, puas pujuk doc nak balik rumah, and finally dia ckp ok but she give mc about 1 week..sepanjang mggu ddk rumah tido saja..nak mkn muntah, so ape yg aku leh buat hanya tido..air masak pon tak leh minum makin aku minum makin kerap la aku muntah, susu pon sama, soya la peneman setia sepanjang aku mengandung..

2 mggu sebelum aku melahirkan SYAFI FURQAN, dia tak gerak, kami risau kerana gerakkan dia semakin perlahan & aku mula rasa the Braxton Hick Contraction....kejap sakit kejap tak...tp aku masih boleh tahan lg, sehingga la aku ke klinik untuk memastikan keadaan baby ok...doc cakap aku maybe akan melahirkan putera kami awal dr yg dijangka..pagi2 khamis aku dah bersiap nak pergi kerja, tiba2 perut aku makin sakit, makin kuat aku rasa, si suami yg agak gusar terus bersiap dan bawak aku gi hospital..tiba di hospital doc pon check la ape yg patut....contraction mmg kuat..tp OS tak buka lg...aku kena admit..naik bosan gak nak tggu kat sepital lama2...pagi2 jumaat pakar O&G datang sekali lg,dorang tak puas hati, so aku kena la check sekali lg..tadaaaaaa...dah bukak 3cm...hati ni tak yah ckp la, walau sakit tp aku masih leh senyum lg..gembira la katakan..

SABTU lepas aku siap2 mandi kul 6 pagi mcm tu...aku nak mkn dulu, tp nurse ckp doc nak jumpa dulu, dorang nak check..aku pon pegi la...tiba2 dah bukak lg..tanpa lengah2 dorang terus soh aku siap2 nak anta gi labour room..en.suami bergegas dtg hospital...anggaran baby doc ckp 3.0-3.4, and dorang advice aku utk cucuk epidural sbb aku ni ada asthma...tkt ada complication je...aku pon ikut la, mana yg dorang rasa ok, aku follow je demi aku n baby...saat2 yg dinnt kini kunjung tiba...tepat jam 6.15 aku suda mula start meneran dan akhir yg ngeri tu berakhir pada pukul 7.12 pm...walaupon sakit, tp aku gembira...aku menangis kerana terlalu gembira...

my little prince...was born in 16 Jan 2010 @ 1912 with 3.0 kg.welcome to the world dear

sebuah penantian berakhir...ALHAMDULLILLAH...

liku-liku untuk mendapatkan seorang zuriat ......

aku....

suami tersayang
telah berkahwin pada usia yg agak muda...ayah aku telah memberikan persetujuan untuk aku berkahwin memandangkan aku tidak mempunyai ibu ketika aku berusia 16 tahun... aku berkahwing dengan lelaki yang aku kenali dari bangku sekolah hingga la ke tangga universiti...aku tahu dia adalah lelaki yg paling layak sekali untuk di jadikan suami memandangkan dia adalah seorang yg bertanggungjawab, penyayang dan sabar dengan karenah aku sepanjangan perkenalan kami...



28 april 2006....

hari dimana aku telah di ijabkabulkan selepas solat asar di masjid Muadz Bin Jabal, Setiawang...
hati terasa gembira skali kerana kami telah menjadi sepasang suami isteri yg sah disisi undang2 islam..
tp tetiba aku berasa sangat sebak kerana orang yang paling aku sayang & byk berkorban untuk aku tiada disisi...IBU alangkah indahnya jika ko bersama dgn aku lg..tp ALLAH lebih menyayangimu... aku redha..

aku...

telah sambung semula pengajian ku di UITM, Lendu, Melaka...agak sedih jugak ingin berjauhan dgn sang suami, tp aku perlu meneruskan pengajian ku....aku pergi ke kelas seperti biasa, cuba melupakan suami untuk seketika kerana aku perlu memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran ku....

hujung minggu datang lg...

kali ni aku tak sabar2 nak berjumpa dengan suami, kadang2 aku balik ke kuala lumpur, atau dia akan datang berjumpa dengan aku di Melaka...selalunya kami akan bermalam di hotel (nak lebih privacy la katakan, orang baru berkahwin) sekali sekala je berjumpa, tp suami rajin melayan karenah aku, bwk pergi makan, shopping barang2 keperluan & yang sewaktu dengannya...begitu la rutin harian aku dan seterusnya...

JUMAAT....

aku pelik kerana lewat datang period, tapi aku buat tak tau je..sbb tak nak pikir sangat..nnt hampa... hari tu badan tiba2 jadi lebih dan aku tak larat nak ke kelas..aku ddk dlm bilik sambil menyiapkan balance assignment untuk dihantar hari isnin nnt... tp kelas petang tu aku gi gak..sbb english class, lepas abis english class aku terus blk KL..seperti biasa en.suami akan tggu di jln pudu, aku tiba agak lewat jugak petang tu..kami tak terus pulang ke rumah, tapi pergi makan dulu, jalan2..maklumla dah lama tak balik KL..heheheheh...pagi2 isnin lagi si suami akan anta aku balik U..sbb hari isnin tu hari penting,,tak boleh ponteng class...

tiba2...........
aku sakit perut yg amat sangat..biasa la orang nak dtg period kot..aku berkata dlm hati, maybe aku ni nak period..petang tu aku ada activiti bersama-sama anggota bomba...aku berlari sana-sini, tidak endahkan langsung sakit perut ku...aku pon pergi ke pasar malam dengan teman2 seperjuangan..beli itu ini untuk makan malam....agak 2-3 hari jugak aku sakit perut, hingga aku dah tak tahan untuk bertahan lg..aku meminta diri untuk ke tandas seketika, ketika itulah.............. Ya ALLAH apakah benda ini???? aku agak takut jugak....tanpa was2 aku telah membuang setulan darah itu dlm tandas & FLUSH AWAY... oh my God....
aku masih tidak tahu yg aku ini telah mengandung & mengalami keguguran, sehingga aku ke klinik yg di sediakan oleh pihak U..& mereka mendapati aku telah POSITIVE Pregnant.....menitis air mataku tanpa henti..dan aku masih belum menceritakan perkara sebenar kepada en.suami..takut dia sedih....

hujung minggu tiba lg.....

aku nekad untuk beritahu dgnnya...tapi aku tak berdaya.....aku tak dapat menahan air mata aku dari mengalir lg...besar sungguh dugaan mu Ya Allah....apekan daya aku untuk melawan takdir Mu....setiba di KL, aku masih berlagak seperti biasa, seperti tiada ape yg berlaku, tp en.suami perasaan akan perubahan aku...setelah puas dia memujuk aku,,,akhirnya............aku memberitahu perkara yang sebenar......tp dia kuat bukan seperti yang aku jangka...dia hanya berkata "bukan rezeki kita" ...

seperti biasa....pagi2 isnin dia telah anta aku balik U,tp hati aku berat...aku sudah tiada hati untuk teruskan pengajian ku setelah ape yg berlaku..aku fobia.....puas di pujuk oleh si suami dan teman2...tp aku nekad, aku tak sanggup meneruskannya lagi...aku yg buat keputusan kali ni....finally....AKU QUIT....tanpa ada sesiapa yg berani memprotes termasuk sang suami....

makin aku ingat makin luka hati...aku telah mendapat pekerjaan di Silver Ridge.....MARCH 2007...sekali lagi detik hitam muncul lagi......waktu & ketika ini aku di dlm tandas office...aku masih tidak dapat menjangkakan yang aku ni mengandung sedangkan aku dtg period tepat pada waktunya...apakah semua ni????? aku di uji lagi

asal-usul kejadian Nabi Adam a.s

PADA suatu ketika, Allah menitahkan malaikat Jibrail ke bumi mengambil sebahagian tanahnya mencipta Adam.
Tetapi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi bimbang Adam berbuat maksiat kepada Allah. 

Lalu Jibrail kembali menemui Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Kemudian, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi tetap sama dan Allah menitah pula malaikat Israfil, tetapi bumi masih enggan dan masing-masing kembali dengan tangan penuh hampa.

Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail ke bumi. Kata Allah: " Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. 

Meskipun bumi menyumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau undur. Katakan kamu melakukan atas perintah dan atas nama-Ku."

Apabila Izrail ke bumi dan menyampaikan perintah Allah, bumi akhirnya akur tanahnya diambil. 


Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, dia kembali ke hadrat Allah. Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kelak Ku-tugaskan engkau mencabut roh manusia."

Maka Izrail bimbang dibenci manusia. Lalu Allah berfirman: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku Yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar atau sakit."



Tanah bagaimana dijadikan Adam? 
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah (Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if
Kata Ibnu Abbas :
1. Kepala Adam dari tanah Baitul Muqadis, kerana di situlah berada otak manusia, dan di situlah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq, kerana di situ tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon. Di situlah tempat seks (berahi) dan tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan, ilmu dan kemahuan.
13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap syahadah, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.
Bagaimanakah prosesnya :
1. Ketika Allah menjadikan Adam, tanah itu bercampur air tawar, air masin, air hanyir, angin, api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan pelbagai macam "sifat".
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan di dalam "Alam Malakut".
3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah, wangi-wangian dari sifat nur sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan "Barul Uluhiyah".
4. Kemudian tubuh itu dibenamkan di dalam air "Kudral-Izzah-Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal". Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.
5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk ke tubuh Adam, ia malas dan enggan, malah berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.
Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya ia menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini.

Kerana Adam diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia.

Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.

Tujuh buah liang di kepala dan dua liang di bawah badan letaknya.
Tujuh buah letaknya di kepala: dua liang mata, dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut.

Yang dua macam di bawah: sebuah liang kemaluan dan liang dubur.
Dijadikan pula lima pancaindera:
1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainnya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.

Selepas roh masuk tubuh Adam perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun.

Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail memasukkan roh ke tubuh Adam. Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini mencabut nyawa manusia.

Selepas meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusun urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik ke kiri dan ke kanan.

Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih adalah tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia.
Ketika itu Adam mendengar malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Ketika roh sampai ke hidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.

Ketika itulah Allah mengajarnya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam yang pertama kepada Allah.

Lalu Allah berkata: "Yarkhamukallah" yang ertinya: "semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan
"Yarkhamukallah".

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya ke bawah masih menjadi tanah keras.

Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa".

Maka, ketika roh itu sampai di perutnya, terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasa lapar.

Kemudian terus roh itu meresap ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, kian lama kian bagus dan halus.

Apabila kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah adalah jenis makhluk manusia yang pertama.

Wajahnya cukup cantik, semua malaikat kagum melihat Adam yang menawan. Adam diarak malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.